Salam Hari ini mari kita bercerita tentang yang halal dan haram Yang Halal... Nik Aziz kontrak billboard seluruh Kelantan dekat kroni melalui menantu beliau.... Yang Haram Tun Mahathir dikatakan bagi projek mengkayakan anak gadis beliau di Langkawi.... Yang Halal... Khalib Ibrahim bagi lembu...Husam bagi kambing...bila nak dapat undi... Yang Haram UMNO bagi beras kepada pengundi masa pilihanraya... Yang Halal Skandal seks Anwar Ibrahim ok... Yang Haram Cerita skandal Najib ngan Altantuya... errrrrmmmm....apa nak jadi ni...yang PAS dan PKR buat semua halal....
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 09, 2010
DIA sudah NAMPAK dengan Jelas!!!!!!
Salam...mesti ramai yang tertanya siapa "DIA" yang dimaksudkan dalam tajuk yang hamba tulis...tanggal 9/02/2010 hamba terkejut hampir terjatuh kerusi bila menatap surat khabar Berita Harian...Tajuk yang cukup hebat sehingga hamba rasa boleh menyenakkan perut pemimpin PKR dan DAP sekalian...kenyataan BERANI oleh YB kawasan hamba ini cukup gentleman...Apa yang dia cakap??? ini ungkapan keramat beliau

nurkilan oleh DaVillageBoy at 10:51:00 AM 0 comments Links to this post
Labels: DAP, malaysiaku, perpaduan, politik malaysia
Monday, February 08, 2010
Apa Sudah Jadi Dengan Nik Ajiz Sorang Ni....
Sejarah 1974 dulu menyebut...

- Dulu Negara PERPADUAN tidak mencangkupi ruang lingkup politik, rakyat, agama dan ekonomikah????
- Baik Nik Ajiz berterus terang sahaja mahukan perbincangan mengenai negara perpaduan semula...lagi senang....
nurkilan oleh DaVillageBoy at 11:07:00 AM 2 comments Links to this post
Monday, February 01, 2010
Apakah Perbezaan Mereka Ini??? Kenapa Gerai Melayu Sahaja????
nurkilan oleh DaVillageBoy at 2:32:00 PM 2 comments Links to this post
Labels: DAP, PAS, politik malaysia
Sunday, January 31, 2010
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Menipu demi meraih Sokongan
MENJAWAB KEMBALI KENYATAAN AKHBAR YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH HARIAN METRO PADA 30/1/2010
Penggerak Mahasiswa ingin menjawab segala tuduhan yang telah dikeluarkan oleh pihak pro-mahasiswa melalui Presiden Mahasiswa Islam UM, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata bantahan itu adalah kerjasama antara Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa yang meragui ketelusan dan kelancaran sistem terbabit.
Penggerak Mahasiswa tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak pro-mahasiswa untuk membantah e-voting. Pihak Penggerak Mahasiswa tetap berpegang pada pendirian bahawa jika sistem e-voting ini telus kami akan terus penyokong sistem e-voting ini.
Bantahan terhadap sistem e-voting ini bermula kencang apabila keputusan pilihan raya kampus um yang sepatutnya diumumkan pada 28/1/2010 terpaksa ditangguhkan kepada keesokkan harinya pada jam 10.00 pagi. Cik Fakhriatul Azhan salah seorang pegawai yang terlibat dalam jawatankuasa bantahan membuat pengumuman itu dihadapan para penyokong Penggerak Mahasiswa dan Pro Mahasiswa.
Namun,pihak Pro-Mahasiswa kelihatan tidak dapat menerima keputusan itu lalu bermulalah kekacauan dan kekecohan yang telah ditimbulkan oleh para penyokong pro-mahasiswa. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Zulkifli telah berjumpa dengan pimpinan Pro-Mahasiswa iaitu Shafie Hashim, Shazni Munir dan Aizat Salleh untuk meminta mereka menenangkan anak-anak buah mereka.namun kelihatan mereka tidak mampu untuk mengawal anak-anak buah mereka ini.
Ketua jentera Penggerak Mahasiswa seterusnya memberitahu bahawa kita juga tidak berpuas hati jika keputusan pilihan raya kampus itu diumumkan pada keesokkan harinya. Selepas itu pimpinan Pro-Mahasiswa meminta kepada Mohd Asri untuk menghubungi Fahmi Adilah iaitu Pengerusi Penggerak Mahasiswa untuk bersama-sama mereka berjumpa dengan Datuk Naib Canselor meminta penjelasan mengenai perkara itu.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya pimpinan Pro-Mahasiswa telah mungkir janji dan menidakkan persetujuan mereka tadi bersama pimpinan Penggerak Mahasiswa untuk bertemu Datuk Naib Canselor bersama-sama.malahan mereka membenarkan para penyokong mereka untuk merempuh dan membuat rusuhan di pejabat Datuk Naib Canselor. Ketua Penggerak Mahasiswa iaitu Mohd Asri Bin Zulkifli telah ditolak oleh para penyokong Pro-Mahasiswa serta ditunjukkan penumbuk ke mukanya oleh beberapa penyokong tegar Pro-Mahasiswa ini ketika cuba menghalang penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa ini merempuh pejabat Datuk Naib Canselor.
melihat keadaan itu para penyokong Penggerak Mahasiwa juga berang dengan tindakan biadab mereka ini lalu turut bersama-sama menghalang para penyokong pro-mahasiswa ini daripada merempuh pejabat Datuk Naib Canselor. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi keadaan ini dapat dikawal apabila pengawal-pengawal keselamatan um sampai bersama polis kor suksis. Mohd Asri telah menenangkan jentera Penggerak Mahasiswa dan meminta supaya semua jentera Penggerak Mahasiswa berundur untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini belaku.
Usaha pihak Pro-Mahasiswa untuk berjumpa Datuk NC hanya sia-sia kerana sebenarnya Datuk NC tiada dipejabatnya ketika itu. Seterusnya Shazni Munir memberitahu kepada para penyokongnya bahawa Penggerak Mahasiswa bersetuju untuk bersama-sama mereka menentang e-voting walaupun tiada kenyataan langsung yang dikeluarkan oleh pimpinan Penggerak Mahasiswa sama ada Mohd Asri dan Fahmi Adilah kerana ketika itu mereka hanya mahu berjumpa dengan Datuk Vc untuk meminta penjelasan bukannya mahu berkerjasama dengan Pro-Mahasiswa untuk menentang dan membantah e-voting. Kenyataan telah dimanipulasikan oleh pimpinan Pro-Mahasiswa dan mereka telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan bertentangan.
Shazni Munir juga berkata kepada para penyokongnya bahawa mereka akan membuang baju dan pakaian Pro-Mahasiswa dan meminta Penggerak Mahasiswa juga menanggalkan baju dan pakaian Penggerak Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana mereka terus menggunakan pakaian serta baju Pro-Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.perkara ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tiada kerjasama langsung antara pihak Pro-Mahasiswa dengan Penggerak Mahasiswa . Jika ada kerjasama sudah tentu pihak penggerak mahasiswa akan berada bersama-sama mereka. Malahan mereka sendiri yang menolak Penggerak Mahasiswa.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir ini perlu dijelaskan dengan segera kerana kenyataan itu merupakan suatu fitnah kepada barisan Penggerak Mahasiswa.
Penjelasan Mengenai Perjumpaan Dengan NC (Menjawab penipuan oleh Shazni Munir mengenai keyataan Datuk NC)
Shazni berkata, dua resolusi dicapai hasil perbincangan dengan Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon yang berakhir jam 5.30 petang, semalam. Menurutnya, antara resolusi yang dicapai adalah siasatan yang akan dilakukan Terhadap Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan proses pengundian akan dilakukan semula.
“pilihan raya kampus secara manual akan dijalankan semula selepas siasatan ke atas TNC HEPA dan kemungkinan mengambil masa untuk dilaksanakan``
Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Shazni Munir di sini juga BERCANGGAH dengan kenyataan Datuk NC sendiri. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Bin Zulkifli telah pergi berjumpa sendiri Datuk Naib Canselor pada jam 6.30 petang kerana mahu meminta penjelasan sendiri daripada Datuk Naib Canselor mengenai hal dan perkara itu.
Datuk Naib Canselor memberitahu kepada Mohd Asri bahawa beliau meminta pihak Pro-Mahasiswa mengemukakan bukti kepada beliau mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam sistem e-voting. Beliau juga meminta pihak Pro Mahasiswa untuk mengemukakan bukti secara kukuh jika pengendali sistem ini telah membuat penipuan serta membenarkan pihak Pro-Mahasiswa untuk melantik IT Consulton yang mereka percayai untuk menyiasat ketelusan sistem e-voting ini.3 perkara ini telah dijelaskan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri.
Mohd Asri juga bertanya adakah pilihan raya akan diadakan semula dan adakah sistem manual akan dilaksanakan. Datuk Naib Canselor menjawab sistem e-voting ini akan terus dilaksanakan setelah melihat kepada bukti-bukti yang kukuh daripada pihak Pro-Mahasiswa dibahagian mana sistem ini tidak telus dan Datuk NC akan memperbaiki sistem e-voting ini.namun begitu Datuk Naib Canselor menyatakan jika masa untuk membaiki sistem e-voting itu mengambil masa selama 3 bulan maka sistem manual terpaksa dijalankan. Inilah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri B Zulkifli ketua jentera Penggerak Mahasiswa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir sememangnya bertentangan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor sendiri.
nurkilan oleh DaVillageBoy at 10:41:00 AM 0 comments Links to this post
Saturday, January 30, 2010
MANUAL vs E-VOTING
nurkilan oleh DaVillageBoy at 7:25:00 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, January 27, 2010
ProMahasiswa Amalkan Demokrasi Rimba.....
- ADAKAH INI DIKATAKAN DEMOKRASI?????
- ADAKAH DEMOKRASI HANYA TERLETAK PADA CARA UNDI DIBUAT SAMADA MELALUI MANUAL @ E-VOTING
nurkilan oleh DaVillageBoy at 4:21:00 PM 1 comments Links to this post
Wednesday, January 13, 2010
Siapa yang Provok????? ermm....
Salam...agak kurang tenang keadaan negara Malaysia sejak akhir-akhir ini...Dek kerana kelulusan Mahkamah mengenai penggunaan "Allah" untuk kristian...Kita mendengar sudah beberapa buah gereja telah dibom dan dibakar....Siapa yang kita hendak tudingkan jari kurniaan ALLAH ini untuk bertanggungjawab...Umat islam atau parti politik????
- Hamba juga tidak menolak kemungkinan juga UMNO melakukan provokasi ini sehingga tercetus kepada pengeboman gereja-gereja ini...
- tetapi kita juga tidak boleh menolak kemungkinan yang melakukan provokasi ini juga boleh jadi melibatkan pihak PKR, DAP atau PAS sendiri...dalam keadaan yang "hangat" dengan isu penggunaan nama ALLAH berkemungkinan PKR, DAP dan PAS juga melakukan provokasi terhadap ahlinya untuk melakukan pengeboman terhadap gereja-gereja...dan perbuatan mereka ini akan ditutupi dengan "menjaja" nama UMNO...kerana kita sering membaca di dada-dada akhbar yang ramai bangun menentang isu ini adalah ahli-ahli UMNO...jadi PKR, DAP dan PAS mengambil peluang ini untuk menambahkan keburukan terhadap UMNO dengan menuduh UMNO sebagai dalang utama....
- Malah kita juga tidak boleh kemungkinan peristiwa pengeboman gereja ini juga mungkin dilakukan oleh orang bukan islam sendiri....
- dan ditolak kemungkinan yang melakukan pengeboman ini juga adalah orang islam sendiri sebagai satu amaran...
Kita sendiri dapat melihat sendiri beberapa kemungkinan yang ada terhadap pengeboman gereja ini...Jadi siapa yang kita hendak tuduh???
nurkilan oleh DaVillageBoy at 10:00:00 PM 1 comments Links to this post
Tuesday, January 05, 2010
Baru Nak Bersuara ker Wahai Nik Aziz??? Agenda Politik ape ni...Islam ker Peribadi
nurkilan oleh DaVillageBoy at 11:00:00 AM 1 comments Links to this post
Labels: islam, khalid samad, kristian
Friday, January 01, 2010
Tahun Baru yang Gelap??? Mana Lagi Hina???Pelacuran Gadis Jalang dgn Pelacuran Agama???
- http://sejarahmelayu.blogspot.com/2009/12/hadiah-tahun-2010-oleh-pas-dan-anwar.html
- http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/12/tolong-hantar-aku-masuk-parlimen-pada.html
- http://taipingmali.blogspot.com/2009/12/penutup-2009-kekalahan-untuk-umat-islam.html
- http://www.pisau.net/2009/12/pas-khalid-samad-nama-allah.html?
- http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/12/edisi-akhir-tahun-gerhana-bulan-kepada.html
- http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/12/perkataan-allah-cerita-dari-mahkamah.html
nurkilan oleh DaVillageBoy at 12:54:00 AM 0 comments Links to this post



